Pages

Tuesday, November 20, 2012

kembali kepada nya




Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun..itulah ungkapan yang diucapkan apabila mendengar berita kematian..

Setiap insan yang hidup di dunia ni pastinya akan menemui ajal suatu hari nanti..bila dan waktu nya hanya Allah sahaja yang tahu..kita hanya merancang tapi hanya Allah sahaja menentukannya..Kak Long ku yang berusia 51 Tahun telah menyahut seruan ilahi pada pukul 4 p.m 12/11/2012.

Genap 10 hari arwah kak long ku telah pergi ke rahmahtullah..tak ku sangka kak long ku pergi dulu dari mak dan ayah aku..semuanya ketentuan ilahi..

semoga roh kak long berada di kalangan orang-orang yang beriman..amin

Wednesday, October 17, 2012

down and up

Assalamualaikum shayamku 'akujekena'..

lama yer aku updated blog 'akujekena' ni..xde beda yang menarik aku nak share..rasa diri down skit buat aku humble tak tentu pasal..si dia hilang entah ke mana.ceh jiwang plop..simpan dlm hati dah la xyah nak share bab tuh heee -;

cuma skrg ni misi aku untuk mencari keja tetap di bumi terengganu ni memg cukup sukar bagi aku..mesti pilih kerja..opcourse la bertahun-tahun belajar..mungkin xde rezeki lagi kot..insyallah ada hikmah di sebalik semua ini..ceh,muhasab diri la plop..opps..hah dah idea ape nak share kat sni..rupa nyer perlu menaip sambil berfikir..cepat je tangan tuh nak berbicara.hihi..

kat sni aku nak share,baru-baru ni aku temuduga PPTM Gred f29 di UMT,Terengganu ; 

xsampai sebulan kot aku isi online terus dipanggil,kate yer ni Pra temuduga ;so diorang mention la ada exam skit nak kena jawab.so kena la study skit bab-bab programming ni

time aku temuduga tuh pagi dalam 20 org jgk la.oleh sebab jawatan aku ni utk diploma so aku sembunyi kan degree yang aku ada ni..memg xdpt la kalu diorang tahu.haha

1st ofcourse lah kena dtg awal,awal setengah jam ok la coz mula-mula tuh ada process pendaftaran..aku yang dah biasa temuduga ni pun masih lagi gugup..lumrah la tuh kan ;

so,ujian bertulis yang aku nak share ni masih lagi segar bungar kat kepala aku ni,leh la nk share beda ni ;

Exam PPTM (in english tau); 

1.160 soalan objektif (soal selidik kendiri)BM
2.Ujian programming
   Q1 : Diberi Array 10 cities,lepas tuh kena buat susunan yang paling LARGEST.
   Q2 : Diberi Squares.Num=1-12.guna formula square "|*|=1".Create program
   Q3 : Diberi num=1-100,mutiple 3 print out "FIZZ" ,mutiple 5 print out "BUZZ".Kalau both is true  
          print out "FIZZBUZZ"
   Q3 : Diberi 2 table
          # select query kedua- dua table (INNER JOIN)
          # select distict 1 table sahaja dan list
          # paparkan mengikut DESCENDING order.

tuh la exam yang perlu di jawab,dalam 1 jam jgk..memg xsempat masa,knowledge yang ada perlu kte guna sebaik mungkin..semua ni basic C++ kot,mula-mula belajar time diploma dulu..so refresh la balik..gugup jgk nak menjawab ye ni..hehe
lepas rehat 30 minit ada temuduga plop...nanti esok aku sambung lagi ; tiba-tiba lak ada keje ni,biasa la kuli byk keje nak kena buat..heeeeeee :) epy leh naip!

Monday, July 9, 2012

harapang


Harapan


Harapan menjadi layu


Ingin ku bahagia bersama

Menjadi kenangan

Memburu impian masa kita

Selamanya...






ost Seindah Sakura..best la lagu ni

Harapan (Hyper Act)


Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya





Wednesday, June 13, 2012

Air Panadol

Panas badan?rasa macam nak demam?what to do?
aku ni jenis liat skit nak makan ubat-ubatan ni,
so aku pilih inisiatif lain,minum air panadol iaitu air 100 plus
saje jer aku panggil mcam tuh,sebagai gantian bagi panadol..hehe..

so untuk peringkat awal nak cegah demam ni,better minum air 100 plus ni,
nak minum air masak macam kena paksa je selalu..cannot go!siyes!
dengan 100 plus ni,aku rasa fresh jer
,macam dah letak byk panadol dengan kandungan yang banyak kat dalam ni..haha..ye kot
alahai nk demam,macam mane nak kursus ke Kuala Lumpur ni
xseronok xseronok...huhu..
kursus LADAP,macam kena paksa jer..BOS bekeng!so follow jer sambil makan angin
xpe lah go on jelah..semangat yang kental dengan ada nyer
100 plus!
yeah!
tiba2 tukor position jadi promoter 100 plus yang xbergaji..boleh la..~lalala..


Saturday, June 9, 2012

rindu ae


Rindu..
Dah berombak-rombak dos ni..
air ikan kat umoh pun jadi keruh dos..
muncul la rima!


p/s : Don't be scare,fight the world

Tuesday, May 15, 2012

Ada apa dengan hari selasa?

Hari selasa ape korang buat?pergi keje balik keje balik umah?no no no..maksud aku bukan macam tuh..kalau hari selasa ape terlintas kat fikiran korang?bagi aku ,apa yang aku nantikan adalah...

jeng...jeng...jeng...

1. air neslo pasar malam!
@ ternanti-nanti ni wei,nak-nak musim panas ni,dahaga dol..sharp pukul5 sampai la aku kat pasar malam area Chendering betul-betul depan SMK Chendering,KT..time tuh,air neslo tengah fresh lagi,if tunggu kat gerai tuh lg terbaik dan pastikan time tuh abg neslo tgh bikin air neslo dan lagi 1 if korang jadi first customer lagi bgus..haha..gilo sugos! huh tersangat la fresh! holiou!

only RM 1 dah boleh buat aku epy!

2. Teen wolf kul 10.30 p.m TV9 (starting 21 Feb 2012)

@best la cte ni,heroin cun gile dan hero xensem tp boleh la,sweet..xleh lawan hyun bin! ceh,xabis2 dengan hero korean..ni cte org puteh la..tp jalan cte ni ok,best!cte ni macam ni,meh aku cte sikit.Di suatu hari hero (Scott McCall) terkena gigitan serigala jadian dan lepas tuh hero tuh jadi hebat dan ada kuasa luar biasa dan secara tidak sedar hero akan bertukar menjadi serigala jadian pada bulan mengambang,lepas tuh Scott terpikat la dengan (Allison Argent) awex cun gileer ni yang baru masuk kolej..memang dapat tackle la kira nya,cair heroin ni dengan kehebatan hero ni tp keluarga heroin adalah pemburu serigala jadian..lepas tuh ada byk lagi la conflict,wujud nya serigala jadian yang lain dan lagi power.so nak tahu cte ni seterusnya,korang kena tgk sendiri la..malas la nak taip!haha..pemalas betul!


 Crystal Reed as Allison ( wow! Cantik )


OK!aku bagi sinopsip yer

SINOPSIS TEENWOLF (TV9)~~ sumber perekacerita.com

Teen WolF mengisahkan Scott McCall yang pada mulanya bukan pelajar terkenal di sekolah itu inginkan perhatian daripada pelajar lain. Konflik bermula apabila rakan baiknya, Stiles memujuk Scott masuk ke dalam hutan mengekori pihak polis yang menjalankan siasatan mengenai kes bunuh.
Scott terserempak dengan satu lembaga yang menakutkan. Dia berusaha untuk menyelamatkan diri, malangnya lembaga itu telah berjaya menggigitnya. Keesokannya, sesuatu yang aneh terjadi di sekolah. Sejak dari hari itu kehidupannya tidak sama seperti sebelum ini.

Mempunyai kuasa luar biasa iaitu tindak balas seperti serigala, Scott mampu mendengar, melihat dan bergerak pantas pada tahap yang sangat menakjubkan.Scott mula menjalin hubungan dengan gadis yang popular di sekolah, Lydia tetapi akhirnya jatuh cinta dengan pelajar baru, Allison Argent
Keadaan bertambah rumit apabila Scott terpaksa menahan naluri serigalanya dan sering bertengkar dengan serigala jadian yang lain. Dia juga menghadapi masalah kerana terpaksa berdepan dengan kumpulan pemburu yang ingin menghapuskan serigala jadian. Masalah bertambah apabila Scott mengetahui ketua kumpulan pemburu itu ialah ayah kepada teman wanitanya.
Drama bersiri itu diterajui Tyler Posey sebagai Scott McCall. Dylan pula membawa watak Stiles iaitu rakan baik kepada Tyler. Watak Allison Argent sebagai pelajar yang berpindah ke sekolah di pekan itu dipegang Crystal Reed manakala watak Lydia dilakonkan Holland Roden.

Colton Haynes pula memegang watak sebagai Jackson Whitemore, teman lelaki Lydia. Derek Hale lakonan Tyler Hoechlin pula adalah watak yang bertanggungjawab menjadi mentor kepada Scott.

selamat hari ibu :)

Selamat Hari Ibu "Mek pat Ku shayam" ..mek pat a.k.a ibu ku..
ibu ku,
walau pun diri mu selalu buat aku rimas dengan babling (berleter) dan bercakap benda yang sama berlarutan plop tuh..
sesungguhnya diri mu amat la aku sayangi..
aku janji aku tak kan meningalkan mu ,
menjaga diri mu dengan jiwa raga ku ,
menemani mu selagi nyawa ku masih ada..
aku kagum dengan diri mu yang selalu bersabar,tabah dan seorang yang strong!
cehh berombak plop aku ni..haha..
sesungguhnya aku shayam sama kamu mek pat! 
Selamat Hari Ibu buat Tuan Saripat Abdullah.

Sunday, April 29, 2012

epy besday to me!


dah lepas la,terima kasih kepada kekawan yang sudi sambut hari tuo aku ni..huhu...damn!makin tuo..hehe..hari besday aku tuh time keje kat luar..ada tugasan luar tp sempat lagi kitorang ponteng utk p beli kek kat secret secret resepi..hehe.mengulor je keje..

 tq adi,bagi drive keta dan ikut kehendak besday gurl.haha..

rakan-rakan seperjuagan sy sehati sejiwa..tq kak ya,asma

  Malam yer pula,buat gathering sikit dengan kawan-kawan lama time belajar dulu,memang kamcing habis,aku ingat gathering biasa jer rupa yeer celebrate besday aku skali.huhu.diri ku terasa malu untuk seketika di atas kejutan yang xseberapa itu...haha...dah tua2 ni sudi plop diorang ni sambut besday aku yer.haha..sama naik jer tiup lilin dgn ank si zila tuh..hahaha...

 Ziela sekeluarga

 Mek tie yg sanggup turun dari Sg.Tong utk gathering..payah nak jupe pegawai ni sorang

  Credited to plan manager utk gathering ni.mek ika ku shayam bersama husband...merangkap 'tukang bayor' dengan serta merta..haha..terima kasih utk full perut besday gurl utk malam itu.hehe..epi sebenarnya!

Si kinah sorang lagi xdpt hadir,pasal duk kat cyberjaya,kalu tak cukup la kte berlima ek..

  Bonda ku juga bersama nasi goreng kegemaran yer..tq mek pat shayam!

Sunday, April 22, 2012

silent sokmo!!! where are u,shayam



Wednesday, April 18, 2012

si Jantung Hati

Assalamualaikum cinta..lama aku meng update blog,entahlah tiba-tiba ari ni rasa gatal tangan nak mencoteng blog sendiri..hehe..xde ape nak post sebenarnya...saje-saje nak m'ceriakan diri sendiri dengan gambar- gambar si jantung hati ku..come dan tembam gemok!

alif fauzi nama diberi

1.fav si alif = aiskrim!

2. blozar antara fav si tembam ni


ni dia'blozar' ..entah ke beda la nak panggil ,kalu org tganu memg sebut 'blozar' pun..haha..

sekian,untuk hari ini....piece no war! :)

Tuesday, February 28, 2012

:: Cantik ::

Cantik,lisa memang menawan hati ,speechless aku tgk picture kat bawah ni macam tuan puteri dari kayangan..habis patah seribu laa hati jejaka malaya kat malaysia ni agak ye..

cantik & Super wow!

sama cantik sama padan-Selamat Pengatin Baru yusry & Lisa
-tgk lama2 pic ni macam memey la plop

Sunday, January 29, 2012

nanonanonano awan nano menang AJL26!!!


nanonanonano menang setarang dos malam tadi di AJL26..terbaik la persembahan Hafiz malam tadi,Juara AJL dapat 35K plus Juara Vokal lagi dalam 10K,so total 45K,boleh byr ptptn aku bagi licin ni..hahaha...kaya la Hafiz malam td,dah la pakai seluar track + tshirt je kot,xkeluar budget sgt cuma ada video lakonan sikit je plus lakonan bersama ayah hafiz sendiri,tup tup meletop di nobatkan sebagai juara AJL26.Memang mantap la vokal Hafiz malam tadi menyanyi dengan penuh semangat sehingga terketar-ketar,nasib xterkentut je..kua..kua..kua..cukup terhibur la aku layan AJL malam tadi,aku bagi 5 bintang..semua best-best dan memberi kelainan untuk setiap pesembahan..totally like!

simple je baju + seluar hafiz ; JUARA tuh!!

Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Wednesday, January 25, 2012

:: Answer to Mek Pat ::


Dengan ini aku dah sediakan jawapan untuk 'mek pat' a.k.a my mother yang selalu bertanya-tanya sehingakan aku rimas tatkala sana sini ada kenduri je memanjang dan juga kekawan yang selalu bertanyakan tatkala reunion diadakan dan di muka buku dan di dunia alam nyata..ehhe..Ni hah aku jumpe byk jawapan ni hah..lawak pun ada,macam-macam jawapan aku jupe,haha..jom kte kongsi if yang masih single mingle tuh leh bace ye,yang dah double gelak je ye..hohoho

Jawapan Paling Tepat: Kenapa tak Kahwin lagi?


-saya nk cari yg besarrrrrr punye

-jangan cakap takde jodoh, cakaplah jodohnya belum sampai

-jawapan standard chartered : belum sampai seru

-single is simple, double is trouble...

-dah takde orang nak.. nak wat camne lagik

-"saye CEO, tak de orang setarap saye" ..volley???

-Hmn, masih berdoa agar dikurniakan jodoh yg terbaik...lelaki bujang ni, silelah mengorat anak2 dara yg masih single and mencari ni..huhu

-the best man already being taken..im left with all the jerks...heheheheheheh

-reason 1: Jodoh yang Allah tentukan tu belum sampai lagi

-reason 2: belum yakin dapat galas tanggungjawab yang diperlukan di alam rumahtangga nanti.mkawen bukan untuk sehari dua..bukan mcm nak naik lrt pakai kad touch n go..
kalo rasa dah bersedia mental fizikal rohani jasmani semua ..
ade kekuatan sket dah baru laa kawen..kot...insyaAllah...

-awk jawab lcamnie kalu org lain kali org tanya.."cuti sekolah nanti saya kawin, tapi jgn tanya cuti sekolah tahun bile...."

-Kalau tukang yg bertanya tu geng perempuan yg dah nikah kau jawab gini....
"Tolonglah kasi laki kau kat aku, bolehlah aku kahwin cepat" ....lepas tu tobat dia tak tanya kau dah..

-jawapan yg buat kite selesa dan org yg tanye tu jeles..."best hidup single, leh kuar ngn mane2 lelaki...ko mampu.."

-TT tanya la ble "Ko plak nak mati ble?"

-awek lum abes SPM...



and the best info :

1. Belum sampai jodoh
- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:- ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih
- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)

Is this the Super Hero you've been looking for...?

3. Takut dapat suami yang tak baik
- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…

Gerun nyer muka....!

4. Pernah putus cinta

- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5. Tak mau dikongkong
- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.

Baby tengah nangis tue....huhu..:-)

6. Pentingkan kerjaya/karier
- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa2 kijer. Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah… So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….

Wanita berkarier..

7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’. So, baik toksah kawin langsung…


sekian :)

:: sana sini ::


Sana Sini macam lagu la plop,cuti seminggu buatkan aku jadi malas nak bekerja..ehehe,memg malas pun,bertambah lagi la malas..asyik cuti je ada kenduri,kenduri je cuti..huhu sana sini kawin la,tunang la,cukur jambol la,kesyukuran la..macam2 kenduri la..attend jgn xattend..hoho..mak aku pun dah mula bising bila la nak adakan kenduri untuk aku plop,aku sendiri masih xada jawapan untuk itu,biar masa yang menjawap pertanyaan 'mek pat' ku a.k.a my mother.

1.Majlis meraikan Cinta Sakinah & Bob
(Salah satu 5 geng kacip aku suatu ketika dulu di uitm dungun)
-sonok leh sembang2 ngan ika,zila sampai lebam

berseri2 pengantin Sakinah..

sweet kan 2 org ni,Congrate both of u

yang best dapat souvenir 'angry bird' majlis diorang ni,hasil 'hand made' pengantin Perempuan Sendiri,if nak order leh click je

nice

hari itu juga belasung nya Majlis perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee di Masjid Kristal Terenganu ,alahai sebelah kampung aku je Pengantin Perempuan ni,Kampung Atas Tol..Sapadan dan sama cantik.



2. 22/1- Sekayu time,best banget berendam

3.23/1 Chik ya bertunang,hani Bertunang..Congrate both of u dear

epy for u kak ya

hani madu

eh tak lupa juga,akak- akak kat sni nak ucapkan GOng xi fa chai..haha,sekian :)