Pages

Wednesday, December 7, 2011

Karnival Usahawan Terengganu


promote-promote...Hari ni bertempat di Dataran Bandar Marang berhampiran Pejabat Tanah daerah Marang berlasung ye "Karnival Usahawan" bermula hari ini iaitu 8 Disember 2011 sehingga 10 Disember 2011.(3 hari jugak)

Maka dengan itu,mari lah beramai-ramai ke Karnival Usahawan kerana terdapat berbagai jualan yang disediakan..hehe..

Sebenarnya aku tak tahu pun pasal Karnival usahawan ni..itu pun semalam kawan yang bagitahu dan teman beliau pergi buka tapak gerai..haha..first time kata nya..pergi la semalam...

Sebenarnya bukan ye ape, saje aku bagi semangat dekat kawang seperjuangan yang baru berjinak-jinak mulakan bisness ni...chaiyok2 to zuang dan kak ya!!!ada 2 gerai betul2 bersebelahan macam dah janji je..hehe

1. Clinic Pro Computer
*Jual barang-barang komputer ,nak format pc/laptop/netbook serendah rm25,kalu nak backup kena tambah lagi rm10


* Jual Pakain,Tudung express,kain sutera dan kain pasang

MEH DATANG BERAMAI-RAMAI YOOOOOP....

Saturday, December 3, 2011

baby boy


Pagi - Pagi lagi dah dgr cte sodis,Tahziah buat 'kak Ma' teman setia ku di sekolah..keguguran semalam..dah 4 bulan..xjatuh xcdent xpe..tup2 gugur..sodis plop dgr...baby yang di tunggu2 selama 2 tahun kata nya kak ma..bayi lelaki plop tuh..huh sodis xdop jodoh kte nak jupe baby ni ye kak ma...banyak2 bersabor ye kak ma..mungkin ada rezeki lain yang akan datang..insyallah

daripada sumber internet ..Janin selama 4 bulan dah cukup sifat

Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g).

Perkembangan Janin Minggu ke-16

Panjang janin bertambah dengan sangat cepat dan gerakan-gerakannya lebih kuat. Ibu dapat merasakan gerakan-gerakan janinnya dengan meraba perut. Rambut halus tumbuh diseluruh dipermukaan tubuh janin, yang disebut lanugo. Plasenta terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Panjang janin saat ini 16 cm dan beratnya 135 gram. Jika melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot janin sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Ia sudah mulai menghisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan kencing, dan cegukan. Pada minggu ini jika sinar terang di letakkan di perut anda, bayi akan menggerakan tangan ke arah matanya. Sistem pencernaan janin pun mulai menjalankan fungsinya. Dalam waktu 24 jam janin menelan air ketuban sekitar 450-500 ml. Hati yang berfungsi membentuk darah, melakukan metabolisme hemoglobin dan bilirubin, lalu mengubahnya jadi biliverdin yang disalurkan ke usus sebagai bahan sisa metabolisme.

Tuesday, November 29, 2011

Wordless Wednesday


majoriti mane-mane blog hangat guna ayat Wordless wednesday..follow r skali..haha..

many matters that I think now

erm..what should i do?

I think It's time to define the new era for me..hurm, what happen later?

hope, I still holding on

Insyallah...

Sunday, November 27, 2011

:: Unge ::


speechless ... @Rima akor

Sunday, September 11, 2011

Bila Bos Merajuk??


Dengar macam pelik je kan..tp bede ni sekarang tengah berlaku kat diri aku...so macam mane aku nak pujuk bos ni??hehe..second bos..pasal first bos on je,sokmo ok dan payah nak nampok muka..haha..biasala bos..huhu..abis sesi pujuk memujuk aku semalam,lasung xhiraukan aku sambil bos buat tangan mcam usop wilca (malas nak dengar katanya)--ishk time ni pun usop berperanan..bala2x..haha..

@alkisah ye,aku buat jamuan ringan2 je,last2 bos call .."oo buat jamuan xajak saya ye,xpelah asalamualaikum"-terus letak phone.

-nampak macm simple kan dlm phone,bila jupe face to face..mak aik siyes ye muka,menyesal aku g jupe

@ape perlu aku buat ni?nak mengadap ari2x muka bos ni???

first,think positive of course
second,aku buat cam biasa je
Third,dop au..waaa,macam mane ni..xleh la nanti aku nak request ape2 lagi..wadus2 dong bisa gawat macam ni..huhu..

akhir kata,@teruskan perjuangan hidup...Yes,i will do!!!

Sunday, July 31, 2011

:: Pose Jangan xPose ::



As Salam..lama plop aku menyepi..top-top dah masuk bulan puasa..kat sni aku nak ucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua yang beragama Islam yang sekarang ni sedang menjalani hari pertama berpuasa..Semoga ramadhan tahun ni mendapat keberkatan dan sama-samalah kte beramal bagi menambahkan lg pahala..moh kte rebut peluang ni ..kaut pahala banyak3..

jangan lupa pula,jaga mata,jaga mulut,jaga hati (p/s: xpe kutuk dlm ati je xda rekod kejahatan lagi..hehe),ni tak pose je..mulut macam longkang..haha..dan bersihkan lah hati dengan beramal dan solat teraweh di malam hari..insyallah apa yang kte doakan didengari oleh ye..yang penting hati mau senang..semestinya.. insyallah ketenangan akan datang kepada kte..amin..

huh bulan puasa ni ,apa lagi kalu xberfikir tentang makanan yg sedap lagi best..hehe,g bazar cari kuih muih r keje aku nanti..huhu..harap2 jauhkanlah sifat yang tamak holaba aku ini nanti..hehe..

Nak cari 'Kerabu sere' la bulan pose ni tp entah ada ke tak lagi tahun ni..'kerabu sere'=rumpai laut..best oouu

ni hah kerabu sere..payah nak cari sekarang ni..only at Terengganu je wei kat lain aku xtau r ada ke x?mungkin ada tp nama lain kot

Pose jgn xpose ye!!

Wednesday, May 25, 2011

:: Jual2 Jual Bepang ::

Ok,hari ni aku nak promosi 'bepang'..bepang????ada ke yang tak tahu ape itu 'bepang'..hehe..meh sni aku nk cte..meh aku ctekan..

n aku nak copy cat je dari blog bisnes aku..kih2..sape2 nak order leh singah ke blog cikRose..

krupp..krupp..krupp..sungguh rangup!!!

Bepang Pulut Terengganu

Harga :

Kecil: RM1

Besar : RM2

'Bepang?' Bepang ni adalah sejenis Makanal Tradisi Terengganu..Best tau 'Bepang' ni.Ianya diperbuat daripada beras pulut yang ditanak/dikukus,dikeringkan,digoreng dan disira dengan gula melaka sehingga warnanya menjadi keperangan.Sedap tau.Rasanya manis.krup3 apabila memakan ya..rangup gitu..bagi yang diluar daripada Terengganu boleh lah menempah 'bepang' ni..untuk di jadikan sebagai saguhati 'tunang' or kawin pun boleh jgk..

Nilah rupanya bepang apabila dibungkus sehingga rapi..Tahan lama jika tidak dibuka lagi dari bungkusan ye..

Order jangan xorder!!!

Monday, May 23, 2011

:: 1 permulaan ::


1 permulaan untuk aku mula berbisnes online..hehe..dengan ini aku nak promote kat sni iaitu 'product' yang aku nak jual ni adalah makanan dan Pakaian.Jenis-jenis makanan yang aku nak promote datang ye dari Terengganu..ofcourselah..nak buat mcam mane dah nama nya pure ganu..kih2..Blog pun baru dcreatedkan ari n..
datang ye idea ni dari kawan aku Asma..sebelum ni pun aku berniaga SUTERa tp xdpt sambutan sgt...mahal wei SUTEra..xpe test kali Ke 2 plop..kot2 ada lubang2 rezeki kat sni..Ni lah Blog yang aku Baru masukkan td..Picture2 pun belum di candidkan lagi..Idea ni datang ye dari CIk Asma kita..Bisnes ni dianggotai oleh 3 org iaitu Asma,aku and ka ya digabung menjadi CikRoseCollection


Asma*Aku*Kak Ya

Cik Rose Collection

meh jenguk2 la blog kami ye n sila2lah menempah barangan kami..bagus2 semua nya..hehe..

Antara Barangan yang disediakan oleh CikRoseCollection :

Makanan
*Bepang
*Kepok Kering
*Kepok Segera Pedas & Biasa
*Kuih Baulu
*Keropok Lekor

Pakain & Kain
*Baju Pasang
*Sutera Terengganu
*Sutera 1 Malaysia
*Selendang
*kain Batik
*Songket


jom meh pakat menempah...CikRoseCollection bersedia memberi khidmat yang terbaik..insyallah..

Wednesday, May 11, 2011

:: Hero Air ::

Hujung minggu lepas aku n family g sekayu...huhu best sugoh boleh mandi manda sekayu ni..xpuah (xjemu) gitu..nak pergi lagi n pergi je..sape2 nak ajok sy g picnic for sure + confirm sy perg..hehe...betapa suka ye g picnic..haha

aik lari topic plop,entry blog kali n nak perkenalkan hero air yeng tersohor..jeng3

n lah hero air iaitu peserta yang xnak naik n paling lama berendam...bogel plop tuh...ishk3,xtau malu sugos..haha

mek pat a.k.a CIK pun bukan main lagi dgn kain batik ye nasib tak berkembam...nayo2..hehe

huhu...suka nya leh mandi sekayu budop matrix darat...ahha

2 org anak saudara aku aqil + apiq


tgh cari port utk mandi n

melantak dulu,memg cari port yang xada org senang nak bermandi manda xada org nak kacau

byk ye makanan..ari2 macam n kan best...haha..

tapi


potong stim betui ada blozar tgh ambik pasir..pelik xada kon n penghalang dilarang masuk,ni mesti kes curi pasir..haha

Tuesday, May 10, 2011

:: Nora Elena ::

Para pelakon dalam Nora Elena
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Hero Aaron Aziz sebagai Seth Tan
Zul Ariffin Sebagai Eid
SLot Akasia jam 7 - 8 malam, tv3 (Isnin – Khamis)

Satu lagi Drama Adaptasi Novel..cam best..mula2 aku tgk drama n mcam tahu-tahu je jalan cerita dlm drama tuh..selidik punya seliduk Drama yang baru ditayangkan di TV3 kul 7-8 malam ini memg diadaptasi dari novel "Kasih yang Suci"...baru je ditayangkan 9 mei 2011..xsabo je nak layan cte ni..hehe..biasa nye jalan cerita yang diambil dari novel memg best..layannzz..

Antara dialog yang mempersoalkan Berita bertajuk "Mangsa Rogol Putus Tunang"

"It's not fair k.Ada org kisah ke lelaki ada dara ke tak?"..
"Sesetgh lelaki anggap beda tuh penting tapi sesetgh lagi tidak"..


Novel Alaf 21, novel yang bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang memang sudah lama berada di pasaran...hehe..jadi promoter lak aku ni..RM19.90 je..leh je nak beli pun..entah mane novel ni aku simpan..kui3

Sinopsis Nora Elena

Nora Elena ialah kisah seorang gadis yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena. Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)

Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.

Jom kita pakat tgk ye...xsabo awop nak nengok ye..hehe..


Sunday, April 24, 2011

:: happy besday to me (^_^) ::


NAsib ada usop wilca n sukayer...haha..lawak tui

25.04 : Alamak besday aku ari n...mane adioh n xdapat lagi..wish je beriban2,kalau la setiap wish tuh disertakan dengan adioh best ye..ahaks..

Continue for that day...hehe

celebrate together with my beloved frend..Thanx kak ya and asma

erm best ye bluebery my faberet...nak lagi n nak lagi..


tenungan manja gitu..kih2..cik asma memg lawok...nak suka sokmo,oumm suap2


kak ya yg sentiasa sporting....brooom TBC

Monday, March 21, 2011

:: ISU : NIKAH DI MASJID ::


Nikah di masjid HARAM??betui kah??aku dengan isu ni di pagi2 ari lagi semalam,tuh pun dekat hot fm..macam goreng pisang panas je..time online FB pula,ramai berckp pasal n..betui ke tidak..jom kte dgr p'jelasan dari UStaz Azhar Idrus iaitu ustaz di Terengganu yg tidak asing lagi Mengenai Akad Nikah DI Masjid

JAWAPAN :

Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..
...
siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata iana adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam

Sekian,selamat beramal...ngeh3

Thursday, February 3, 2011

::Jatuh Cintang::


rupa mu yang ensem lagi bergaya..oooh aku sudah jatuh cinta..warna mu yang sungguh menawan dikalbu..ur face look very elligent dear..ape aku megarut merabam ni..haha...tangkap leleh kejap aku tgk model handphone 'HTC' n sutir..bilakah dikau berjaya ku miliki?..ooo "HTC"..jeng jeng jeng..


HTC Touch HD

3.8″ display screen (480×800 pixels)
5MP autofocus camera with secondary front-facing VGA camera
3G/HSDPA 7.2Mbps
WiFi 802.11 b/g
Bluetooth 2.0
Windows Mobile Professional 6.1
Built-in GPS
FM radio tuner
8GB microSD card

ni hah pegarang jantung aku n hah??tgh pikat-pikat sekarang ni.bila lah nak dapat sutir xtau lah.kena kerja kuat sikit ni utk dpt HTC..ooh dear!!!

aku sebenarnya xtau pun ada model ni.entah kenape asyik teringatkannya after aku dipekenalkan dengan beliau oleh seorang geng kacip aku pok din..huhu..sudah ku pegang beliau n..smooth je.bau kedai lagi..haha..beliau n leh tahan jgk harganya.pok din ckp harga di pasaran kat rm1500 jgk tapi dia beli 1k..huhu..kalu aku beli ketika ini xb'byrlah gamak ye keta motor n segala ++ r...haha..

Perkenalan ngan beliau n xlame pun.sepanjang masa aku bersantap 'char kuew tiow' yang haou liow di bawah jambatan kuala ibai sungguh membuatkan aku jatuh cintang padanya.hati berbunga-bunga gitu.alahai.ala makan char kuew tiow' sekali sedup je terus abis.5 minit pun xsampai..haha..al maklumlah cinta pandang pertama..kui..kui..kui


ermm sedap dos!!sedut

Wednesday, February 2, 2011

~~P.A.N.I.C~~

PANIC??n bahasa org puteh lah..bahasa melayu iaitu PANIK..jom kte tgk declaration:

APA ITU PANIK?

Panik adalah sebuah keadaan dimana adrenalin disalurkan ke dalam aliran darah kita. dan erti kata lain Perasaan takut dan dihantarkan lewat signal-signal ke kelenjar keringat, dan mendeklarasikan adanya situasi emergensi.

berasa takut?risau?gelabah je kan..kan..kan..

entahlah aku rasa hari ini hari panic sedunia..ari n saje 2x aku panic..mula2 dengan kejadian tayar bocor kat tempat keje nasib baik en.abg pembantu makmal perasan yang tayar keta aku penyek..n then untuk kedua kali aku panic pasal kebakaran kecil kat dapur umah kak aku,aku just leh tgk je,last2 akak aku gak yang gelabah suh jauhkan diri dari api..bahaya tul jika kebakaran kecil berlaku time gas masih lagi 'on'..huhu..lasung xleh nak buat ape..time tuh jiran sebelah umah pantas bertindak ambil selimut yg dibasahi air terus n then api slow2 padam..siap meletup lagi dapur masak tuh..yang pasti dapur gas tak meletup kalu tak alamak ye satu rumah ler hangus..aku time tuh memg selamatkan diri je..suh anak2 buah aku keluar dari umah..aku just ambik hanset je..itu yg terpenting di saat itu n dekat aku nak capai bede tuh..huhu..cam mane lah agak ye kalu korang laks alami situasi cam aku n ek..nampak simple tapi memg susah nak handle..betui wa ckp luu...huhu..kalu pakar2 it leh atasi panic n dengan 'press' key 'panic'..haha..


cuma yang berada kat kepala aku time tgh panic..
what should i do?what should i do?..kepala bengong2 macam ada 5 ekor burung menari2 kat kepala..haha..macam mamai gitu..susah tui nak elak panic n pasal bede n berlaku tertiba tanpa dirancang..yelah kalu aku dah panik,lasung xleh wat ape2 leh tgk jelah..tapi ada jgk sesetgh org kuat semangat leh atasi masalah panic n..

jom kita sama-sama atasi yuk!
n fact yang aku dapat dari sumber tenet..

HANYA perlu TIGA MinIT UNTUK hENTIKAN PANIK

Tiga menit yang diperlukan untuk merasakan panik, tiga menit juga untuk menghentikannya. Jika Anda menghentikan panik sesegera mungkin, reaksi kepanikan itu hanya akan berlangsung tiga minit saja.

ada 4 langkah utk atasi panik

nervous3

1.R
ileks
-Ambil nafas perlahan dan dalam, sambil mengingat bahawa yang Anda alami hanya gejala kepanikan, dan tidak ada hal lain yang lebih serius untuk dirisaukan. Teruskan proses ini sampai tubuh Anda rileks.

Rileks adalah langkah pertama untuk menghentikan aliran adrenalin.

2.Jangan pikir negatif
-Katakan dalam hati dan kepala Anda dengan sangat keras: “Stop!!!”
“Teriakan” ini akan menghentikan perasaan risau yang dikirim otak ke kelenjar keringat. Orang yang terjebak dalam kepanikan, adalah orang yang terjebak dalam lingkaran tanpa henti dari komunikasi otak – kelenjar keringat ini. Komunikasi internal yang penuh dengan informasi negatif, penuh dengan informasi tentang bencana.

Menghentikan lingkaran komunikasi ini, memberikan kesempatan untuk mengganti informasi yang dikandung dengan informasi lain yang lebih menenangkan.

3.injeckan informasi penenang

-iaitu pernyataan negatif yang dipikirkan dan kita gantikanya dengan pernyataan positif.

Contoh:

1. “Oh My God, aku kena serangan jantung. Mati aku..!”
2. “Stop!!!”
3. “ok. Ini panik aja. Ini akan segera berakhir dalam tiga minit.”

1. “Hii. siapa di belakang Saya? Tengah malam di jalan sepi begini.
2. “Stop!!!”
3. “AKu sudah ratusan kali lalu lewat di sini. Itu ada orang lain yang lewat juga.”

4.Terima perasaan anda
-Menerima atau merasakan perasaan sendiri adalah sangat penting.Membiasakan diri menghindarinya, malah akan mengabadikannya.Mulailah dengan identitikan emosi seperti apa yang Anda alami.Hampir semua panik disebabkan oleh rasa risau atau takut akan sesuatu.

moga apa yang aku bace dpt dimanfaatkan bersama.Panjang gebenor aku tulis pasal isu n..huhu..

Sekian saje...Daaa...chau..

Sunday, January 9, 2011

::Tolong Ingatkan Aku ::



AJL 25-Ana Rafali

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku - AJL 25 - Final - 9 Jan 2011

aku suka yang n lagi..adik fara idola kecil

::Trilogi Cinta TV1::

balik je keje terus xsabo nak ke malam..haha..kul 10 p.m (ahad-isnin) aku sudah semestinya akan terpacak di depan tv..haha..macam rutin lak..mak aku pun berjangkit sekali..hehe.aku baru je layan cte n dari minggu lepas..bila layan cte n macam tahu je jalan cerita drama n..rupanya cerita n di adaptasi dari novel Sharifah Abu Saleem iaitu gabungan 3 novel..Tak seindah mimpi + Tak semanis impian + Tiada lagi mimpi..ke 3-3 novel n pernah aku beli n baca..sama ngan novel jln cte dia..Entah mane perg novel2 aku sekarang n..kena solat hajat n supaya peminjam2 diluar sana nun reti hantar semula kat tempat asal..haha..sape nak bace sinopsis leh click link kat bawah..

Tak Seindah Mimpi

Tak Semanis Impian


Tiada Lagi Mimpi

3-3 novel n memg best aku layan..sekarang n dah jadi 1 drama ditv1.

Jom sama2 kte tgk drama hebat "Trilogi Cinta"

Sinopsis Trilogi Cinta

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga.

Tarikh: 2 Januari 2011
Hari: setiap Ahad dan Isnin

Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episode
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman


Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.


Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.


Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Tengok jgn xtengok!

Tuesday, January 4, 2011

2011



alahai dah 4 ari masuk tahun baru n..DAMN!! (+) LAGI SETAHUN..waaa makin tua lah gaye n..aduhai..xpe maintain muda..koyas!hehe..


epy new year!!!


new life?new hope?new job?new bff?new food?new love?new style?new wish?new car?haha..berangan tui..

semua nak new..

KAYAP ke SAYAP??

hendak di jadikan cte aku hantar kak long aku semalam klinik..check punye check doktor ckp kayap?..aku salah dgr ke ape?kayap ke sayap?lepas kuar dari klinik aku pun tanya lah kat kak long aku.."yela kayap-kak long"--rupanya kayap n sejenis penyakit kulit..betuilah ape yang aku dengar..haha..untuk pertama kali aku dengar penyakit n..kayap n laks ada byk jenis..kayap ular la ape la..rupenye agak mengerikan if teruk..
kalu tak percaya leh search kat google n taip image:kayap untuk sape2 pertama kali mendengar ye..haha..ngeri gop posen..merebak2


kak aku baru je kena tuh pun dia ckp sakit n bendenyut2 kat kaki dia..makin merebak lak aku tgk..org2 kat luar klinik ckp baik berubat kampung..ishk2 macam2 jenis penyakit lah aku jupe time aku duk kg semenjak 2 menjak n..
info2 yang aku baru je bace..just nak share

Rawatan Virus Kayap
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba
- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun

Master (Generasi keempat Pengamal Neuro Akupunktur - Rawatan Virus Kayap)


Rawatan Virus Kayap (Hesper Zoster)
Apakah Virus Kayap (Shingles)?
Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan merasa sakit disebabkan virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae), di mana virus itu menyebabkan cacar air.

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.

Punca Virus kayap
Selepas cacar air itu terkena, ia akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf di mana ia akan menjadi aktif. Virus cacar air kemudian akan "hibernasi". Selepas itu virus itu akan di aktifkan, ia akan bergerak daripada laluan saraf ke kulit. Ia dikenali sebagai faktor picu kepada pengaktifan virus tersebut.Virus Kayap umumnya mempengaruhi orang dewasa tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai cacar air pada masa tahun pertama di dalam hidup mereka dan orang yang mempunyai ketahanan imun yang rendah.
Virus Kayap boleh menjadi punca kelemahan imun di sebabkan oleh HIV atau kemotherapi dan tekanan, sebagai contoh sakit yang terlalu lama tetapi orang yang mendapat virus kayap mempunyai sistem imun yang normal.

Apakah Simptom bagi Virus Kayap?
Antara gejala-gejala yang dihadapi ialah gatal pada kulit, gelembung-gelembung merah pada bahagian kulit, bernanah atau berair pada permukaan kulit dengan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan apabila sembuh kurap ini akan meninggalkan parut pada permukaan kulit. Lepuh ini biasanya sangat sakit.Mudah menjangkiti orang lain apabila lepuh pecah. Lepuh akan kering dan berkeruping. Badan akan terasa sakit dan sengal-sengal kadangkala boleh mengakibatkan demam.

Cara untuk Mengelak Virus Kayap
Seseorang yang tidak pernah mengalami demam campak boleh mengurangkan risiko dari mendapat virus tersebut dengan menghindarkan dari berhubung secara terus dengan seseorang yang mendapat demam campak dan virus lepuh ini sendiri tidak dapat dicegah.

Diagnosis Virus Kayap
Pesakit dengan laporan perubatan di tambah dengan rupa keadaan lepuh tersebut selalunya digunakan untuk diagnosis. Jika diperlukan, tempat lepuh tersebut dikorek boleh mengenalpasti virus tersebut. Sample darah juga boleh digunakan untuk permulaan diagnosis.
Apa akan terjadi jika ia menjadi lebih teruk?
Lepuh tersebut akan menjadi bakteria berjangkit.Satu serangan daripada virus kayap berhampiran pada mata atau di atas hidung boleh menyebabkan parut pada kornea dan mempengaruhi penglihatan.Virus kayap boleh berjangkit pada muka, dalam sesetengah kes, boleh membawa kepada kehilangan deria pendengaran, lumpuh pada muka dan mengurangkan deria rasa.
Prospek Masa Hadapan
Virus kayap adalah jarang sekali serius.Dalam 90 peratus daripada pesakit, serangan biasanya berkurangan dalam masa seminggu selepas rupa simptom yang pertama jika tidak dirawat secepat yang mungkin. Jika tidak mereka mungkin akan menghidap untuk berbulan-bulan. Kebanyakan orang hanya mempunyai satu atau dua serangan.
Warga tua khususnya mungkin selalu berasa sakit yang kuat, walaupun serangan seperti sudah berkurangan. Sakit tersebut boleh berpanjangan selama berbulan-bulan dan mungkin boleh menyebabkan tekanan.

Apakah yang boleh dilakukan di rumah?-Rawatan Virus Kayap
Biarkan lepuh tersebut tidak ditutup
Cuba untuk tidak menggaru.Gunakan losyen calamine untuk menghilangkan iritasi itu.

Rawatan Virus Kayap THE TOLE
Walaupun antivirus ubatan herba boleh digunakan, mereka hendaklah memulakan rawatan secepat yang mungkin apabila terasa kehangatan pada badan terasa.Apabila lepuh tersebut hadir lebih dari 48 jam, rawatan akan mengurangkannya dan kebiasaan tidak memberikan kelegaan. Ubatan boleh melambatkan masa serangan itu dan menghalang ia merebak. Di sini kami memberikan rawatan akupunktur dan herba untuk mengatasi masalah ini.
SELAMAT MEMBACA..SEKIAN..hehe