Pages

Tuesday, May 15, 2012

Ada apa dengan hari selasa?

Hari selasa ape korang buat?pergi keje balik keje balik umah?no no no..maksud aku bukan macam tuh..kalau hari selasa ape terlintas kat fikiran korang?bagi aku ,apa yang aku nantikan adalah...

jeng...jeng...jeng...

1. air neslo pasar malam!
@ ternanti-nanti ni wei,nak-nak musim panas ni,dahaga dol..sharp pukul5 sampai la aku kat pasar malam area Chendering betul-betul depan SMK Chendering,KT..time tuh,air neslo tengah fresh lagi,if tunggu kat gerai tuh lg terbaik dan pastikan time tuh abg neslo tgh bikin air neslo dan lagi 1 if korang jadi first customer lagi bgus..haha..gilo sugos! huh tersangat la fresh! holiou!

only RM 1 dah boleh buat aku epy!

2. Teen wolf kul 10.30 p.m TV9 (starting 21 Feb 2012)

@best la cte ni,heroin cun gile dan hero xensem tp boleh la,sweet..xleh lawan hyun bin! ceh,xabis2 dengan hero korean..ni cte org puteh la..tp jalan cte ni ok,best!cte ni macam ni,meh aku cte sikit.Di suatu hari hero (Scott McCall) terkena gigitan serigala jadian dan lepas tuh hero tuh jadi hebat dan ada kuasa luar biasa dan secara tidak sedar hero akan bertukar menjadi serigala jadian pada bulan mengambang,lepas tuh Scott terpikat la dengan (Allison Argent) awex cun gileer ni yang baru masuk kolej..memang dapat tackle la kira nya,cair heroin ni dengan kehebatan hero ni tp keluarga heroin adalah pemburu serigala jadian..lepas tuh ada byk lagi la conflict,wujud nya serigala jadian yang lain dan lagi power.so nak tahu cte ni seterusnya,korang kena tgk sendiri la..malas la nak taip!haha..pemalas betul!


 Crystal Reed as Allison ( wow! Cantik )


OK!aku bagi sinopsip yer

SINOPSIS TEENWOLF (TV9)~~ sumber perekacerita.com

Teen WolF mengisahkan Scott McCall yang pada mulanya bukan pelajar terkenal di sekolah itu inginkan perhatian daripada pelajar lain. Konflik bermula apabila rakan baiknya, Stiles memujuk Scott masuk ke dalam hutan mengekori pihak polis yang menjalankan siasatan mengenai kes bunuh.
Scott terserempak dengan satu lembaga yang menakutkan. Dia berusaha untuk menyelamatkan diri, malangnya lembaga itu telah berjaya menggigitnya. Keesokannya, sesuatu yang aneh terjadi di sekolah. Sejak dari hari itu kehidupannya tidak sama seperti sebelum ini.

Mempunyai kuasa luar biasa iaitu tindak balas seperti serigala, Scott mampu mendengar, melihat dan bergerak pantas pada tahap yang sangat menakjubkan.Scott mula menjalin hubungan dengan gadis yang popular di sekolah, Lydia tetapi akhirnya jatuh cinta dengan pelajar baru, Allison Argent
Keadaan bertambah rumit apabila Scott terpaksa menahan naluri serigalanya dan sering bertengkar dengan serigala jadian yang lain. Dia juga menghadapi masalah kerana terpaksa berdepan dengan kumpulan pemburu yang ingin menghapuskan serigala jadian. Masalah bertambah apabila Scott mengetahui ketua kumpulan pemburu itu ialah ayah kepada teman wanitanya.
Drama bersiri itu diterajui Tyler Posey sebagai Scott McCall. Dylan pula membawa watak Stiles iaitu rakan baik kepada Tyler. Watak Allison Argent sebagai pelajar yang berpindah ke sekolah di pekan itu dipegang Crystal Reed manakala watak Lydia dilakonkan Holland Roden.

Colton Haynes pula memegang watak sebagai Jackson Whitemore, teman lelaki Lydia. Derek Hale lakonan Tyler Hoechlin pula adalah watak yang bertanggungjawab menjadi mentor kepada Scott.

No comments:

Post a Comment