Pages

Friday, December 27, 2013

western food Ganu

SeKali sekala nak ubah angin makan Western food apa salah yer kan.. hehe..tekak melayu yang biasa dengan sambal belacang nak jgk try makanan barat..hihi..Western food kat kuala ganu tak banyak sangat pilihan..biasa nak makan western Food pergi Ayamas + Secret resipi + Pizza + Mama Cop papa Grill tp on cost yer la mahal skit kalu nak makan-makan family..

Kebiasaannya hari minggu ramai la family pergi makan-makan kat kedai ..setakat ni western food yang biasa kat kuala terengganu yang aku pernah makan lar ; dari segi cost pun boley tahan lar jgk daripada yang lain ;

1. Zee Corner , Pulau Kambing

aku makan spagetti kat sni,xbest sgt tp boley lar..ramai makan kat sni terutama malam minggu,berhampiran dengan air sungai dan suasana malam yang agak cantik dengan lampu-lampu bagai + berhampiran air sungai ganu..


  
Restoran Zee Corner berhadapan dengan WaterFornt,Pulau Kambing , Kuala Terengganu ; yang ada kanopi belakang gambar ni hah ;


                                                                           Suasana malam

2. Restoran Tenang 1 Seafood , Belakang Giant Jalan Chabang Tiga ;

Restoran tenang Jalan Chabang 3 ni baru jer bukak,Laluan belakang GIANT menghala ke jalan ke chabang 3..
kat sni banyak pilihan,masakan panas ada,ikan bakar pun ada,western pun ada,boley tahan jgk la western food kat sni,TOM Yam pun best,Restoran Tenang banyak cawangan,selain Kat Chabang 3 ni ada lagi satu cawangan kat Batu Buruk



                  Chicken Chop dia ok sgt sebab Sos black Pepper dia best,next time nak try Selmon la plak..heee :)

OK,saya dah bambam ; BAI!

Friday, October 4, 2013

fix error : "The User Profile Service failed the logon”

Korang pernah dapat error macam ni x ??

"The User Profile Service failed the logon” 

meh nak kongsi info skit ; Semalam aku dapat error macam ni pasal kawan aku lupa pasword ke ape entah ; bila nak klik user profile terus dapat error macam ni ; os Window 7 Ultimate;



1.First korang kena  'Restart' ur laptop then klik button 'F8' untuk 'Safe mode' sebab xleh masuk window

2.Bila dah dapat Paparan terus je 'Safe Mode' n Enter



3.Open 'Start menu'

4. pada area (Start Seach) area type 'regedit' dan klik 'Enter'



5. bila keluar popup 'User acount Control' klik  'Yes' 

6. PILIH
  • HKEY_LOCAL_MACHINE
  • SOFTWARE
  • Microsoft Window NT
  • Current Version
  • Profile List

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\ProfileList





7. So kita ada multiple ProfileList User kat atas .bak yang bawah xde.kat sni kena ubah rename..kat atas xde dan kat bawah kena ubah ada .bak


7. Sila lihat yang telah higlight kan warna merah tuh ;

  • klik kanan 'RefCount' then modify = '0'
  • Klik Kanan 'State' then modify = '0'


Type 0 (number) and click on OK


8. Akhirnya kita da dapat result macam screen shot macam kat bwah ni ; dah xde .bak



8. Close 'Registry Editor' then 'Restart' ur laptop



Selamat mencuba!

Saturday, August 31, 2013

Herbaline Treatment ; Tip TOP

Lately alergik makin menjadi-jadi da...nasib la badan aku,aku makan sekor udang pun..abis la mengaru muka aku dan satu badan gatal ye..aper la nasib..dan yang paling ketara bila bijik-bijik putih mula timbul kat muka..dah makin resah dibuat yer..ada org cakap 'oil seed' or 'lebihan minyak' or 'kutil pundil minyak'..dah macam peta dah kat pipi aku ni..research punyer research juper la 1 treatment yang boley buang beda alah ni tanpa bedah ke aper?takut gak aku ni ;

macam ni lar beda alah ni..ada kat bahagian mata dan pipi

Banyak blog cakap buat rawatan kulit kat Herbaline tp ganu ada ker ek?so aku search la,memang ada pun kat Kuala Ibai,Jalan Sultan Mahmud..betul2 tepi jalan jer dari Masjid Kuala Ibai..bila buat research kat website dia rasa macam tertarik pasal banyak guna bahan herba jer..macam nature jer,bolela aku try no..aku suka lar xde bahan2 kimia ni rasa macam selamat jer ..lagi pun dah xtahan tgk muka aku yg macam ape entah beda alah wujud kat pipi 

Tempat yer boley tahan agak exlusive jgk la,segan nak masuk..perg kat parking pun ada org jemput siap berpayung bagai..makin segan aku nak masuk kat tempat ni..alahai ; oh tersegam indah ;

                 website  :http://www.herbaline.com.my/en/index.html

Masuk jer aku disambut oleh amoi-amoi yg cantik,suasana cantik,bau lavendar n nature jer..bunyi-bunyian dah mcam dalam hutan daa..suka suka ; dah macam kena pukau pun ada..mengucap panjang aku!hahahas 

sampai jer,aku dijemput duduk dan diberi penerangan;so aku bercerita lar dekat amoi ni tujuan kedatangan patik ; tiba2 rasa cam tuan puteri dilayan sebegini rupa ; oh indah yer ; service memg tip top ; terbaik la tp semua pekerja-pekerja kat sni cina ; terus kat kepala aku : "nak cantik macam amoi ni lar"--pandai betul diorang berbisnes untuk tarik customer 

Selepas penerangan yg begitu ringkas ; aku dibawa ke bilik rawatan utk buang only 3 bijik utk percubaan beda alah ni..mek cina tuh ckp 'natang putih'..ohh sudah diterengganukan serta merta..haha..kejap jer buang yer..pedih skit lar time nak buang bijik putih itu..lepas tuh disapu oleh Aloe vera gel + vitamin C + E Oil.
# Tempoh trying 3 bijik dah RM50

Kebetulan time tuh ada promosi harga utk facial only Rm38.biasa aku buat kat area kampung pun Rm50-Rm60.Tak sangka tempat exclusive macam ni ada gak yang harga sebegini rupa ; so terus book!
So kena buat apointment keesokan ari yer beserta dengan rawatan buang 'natang putih' itu..


First : apointment dah buat , time diberi penerangan aku dihidangkan tea serai,seteguk jer aku leh telan..haa..bau wangi tapi rasa xbest..kemudian diberi kain basah suam untuk lap2 tangan ..best

Second : amoi suh p basuh kaki..best gak,rendam air suam + garam ape entah..besst..dah macam tuan puteri daa tp basuh sendiri lar..gosok jgn xgosok


Third : Bauan Lavendar sebelum ke bilik rawatan..sugos rilex bila diurut2 n then rawatan muka ..buang sel-sel mati dengan beda alah bising lepas tuh masker 20 minit..urut bahagian tangan,kepala,muka,dada..relaxing ;
sakit lor time nak buang black head n white head ; tp lepas buang tuh rasa ringan jer muka..abis merah muka aku..time nak buang 'natang putih' tuhpun sakit gak ; aku ambik satu cost jer ; mahal lar jgk cas yer untuk treatment buang kuntil lebihan minyak ni ; xleh buang abis banyak cost yer nanti ;nanti poket tebal datang lagi pasal layanan memg tip top ;

tapi agak berbaloi untuk 1 facial biasa .Only Rm38!harga sebenar rm79.


Last : Bauan Serai wangi n diberi penerangan lagi + hidang tea lagi + penerangan produk herbaline if nak beli la..amoi ni xder la paksa-paksa aku beli produk dia tp kecudang jua beli toner siap pasal tab2 jer kat muka + aloe vera gel ; kemudian perg main-main ikan,oh geli !haha


abis sudah rawatan.insyallah akan datang lagi pasal dah mula tertarik dengan produk yang berasaskan herba n semulajadi ni..poket tebal baru datang yer ; ok bai amoi cantik!

OH Herbaline : Tip TOP to you! 

  • Product
  • Environment
  • Spending
  • Management
  • Marketing
  • Sunday, July 21, 2013

    Trick mudah nak upgrade window XP SP2 to SP3

    Salam sahur..Actually aku tengah search macam mane nak upgrade window xp service pack 2 kepada service pack 3..pasal yer nk install doogle 'Yes' ni lah..xleh install win xp SP2,nak kena upgrade jgk ke SP3..macam broadband jgk beda ni kena install dan Login ID pasword..



    Yes mane2 dah meluas sekarang ni dibumi kuala terengganu..dimana setiap sekolah mempunyai rangkaian meluas 4G Yes dibawah program 1Bestari.net.Untung kalau cikgu-cikgu yang dapat posting di terengganu pasal dibekalkan laptop dan broadband pree..

    Mula-mula search upgrade ni aku install manual 'installer service pack 2'.aku try install tapi xsiap-siap..satu hari buat ko sampai malam..xsiap2 finish dia punyer process..Last,aku jupe solution yang mudah nak upgrade ke 'service pack 3'


    Trick mudah nak upgrade SP2 to SP3

    1.Check kat properties 'My Computer'.Click Kanan 'My Computer' ,click 'Properties'



    2.Click 'Start' , Search 'Run'.Taip 'regedit' 


    3.Then 'OK' akan papar mcam ni


    4.Pilih : HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Windows
    • HKEY_LOCAL_MACHINE
    • SYSTEM
    • CurrentControlSet
    • Control
    • Windows

    5.Paparan untuk 'Window' :Click CDSVersion 

    Edit : Value data : Tukar 200 ---------> 300 Then 'OK' 

    6.Lepas tuh boleh la nak 'Restart ' Laptop then check balik properties My Computer.


    Semoga berjaya upgrade SP2 to SP3 sebab case ni terjadi kat laptop yang lama2 jer ni..kalu nak upgrade guna installer manual,berjangut la korang..nila tutorial dari pak cik 'youtube'



    Saturday, July 20, 2013

    Macam mane nak jadikan pendrive sebagai installer Window 7???

    Alhamdulilah dah 10 Ramadhan kite sudah lalui..kejap jer kan..untuk membuang masa ke waktu berbuka jom belajar skit macam mana nak jadikan 'pendrive' sebagai installer window 7 or window 8..sekarang ni senang jer kan ape2 jer google..sebenarnya nak google tutorial macam mana nak jadikan DVD sebagai installer guna software nero tapi dan alang-alang nak cari tuh jom kita share somtim yg boleh kita try dan error ..

    Jom kita belajar sama-sama,sambil- sambil tengah try ni leh practice kan skali..biasa bootable guna USB jer kan..sekarang senang pakai pendrive jer dah siap format guna win xp,win 7,win 8 pasal netbook or ebook kecik xde external CDRom or DVDRom.so nak format guna pendrive lagi senang kan..

    if guna nak jadikan USB sebagai installer senang jer

    1.Click Kanan Pendrive , click 'Format' .Pendrive 4GB untuk win7 dah  muat dah tapi aku lebih prefer pendrive 8Gb la pasal senang nanti nak masukkan driver ke or window 7 loader untuk aktivekan win7 ni dan software-software sewaktu dengan yer..


















    2.Google  software dan download : 'grub4dos', Lepas dah siap download ; Then Run 'grubinst_gui'



















    3.  
    • Pilih 'Disk' : hd1[] = pendrive 8gb
    • Click 'Refresh'
    • Pilih 'Part List' : Whole Disk (MBR)
    • Click  button 'install' dan 'Enter'

    4.Last, 'Copy' folder 'Window 7' and 'Paste' ke dalam pendrive.Korang cari la sendiri macam mane nak copy window 7 or window 8.mintak kat pakcik google ek :)

    5.Try 'Boot Menu' untuk install format guna pendrive..ok dah siap dah

    6.Lepas format tuh ; search google : 'Window 7 Loader' untuk aktivekan win7..

    Ok sekarang nak jadikan usb sebagai installer dah selesai jom kita belajar macam mane nak jadikan dvd sebagai installer guna software 'Nero' .Jom kita lihat tutorial dari pak cik 'youtube'..heee :)










    Ok,selamat mencuba!time for masak-masak plop; nak berbuka apa yer ari ni ek? 

    Selamat berbuka!

    Tuesday, July 9, 2013

    Salam Ramadhan

    pejam celik pejam celik.. dah lama tak post blog...pejam celik pejam celik.. dah pun masuk satu hari puasa..makin di pejam celik..makin banyak salah dan dosa..sementara masih celik..banyak-banyak lah buat pahala...sebelum pejam tak celik-celik...harap maaf jika ada salah dan dosa...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak  :)



    Tuesday, June 18, 2013

    Road to Lake Kenyir :)

    Weekend lepas baru ni bermula yer kembara aku perg round Tasik Kenyir..the best journey 2 days.

    Tasik Kenyir terletak nya di Hulu Terengganu,Terengganu..dari Kuala Terengganu ke Hulu Terengganu dalam satu jam lebih kalu lalu Kat Highway LPT n then jupe Telemong..sekarang dah ada highway LPT dari bukit payung ke terlemong dah jimat masa..xpayah masuk Bandar Kuala Berang , then terus jer nampak la signboard ke Tasik Kenyir.

    Nama jer orang Terengganu..Tasik Kenyir pun xpernah perg..hihi..best jgk! pergi pun sebab temankan kawan join Kelab Sekolah..kiranya aktiviti tahunan la..satu agenda pun kawan aku xupdated kat aku..so aku gamble jerlah..semua agenda adalah mengejut..haha..aku ingatkan tido resort ke aper rupanya tido dalam boat...dah tak keruan dah bila terpikir kena tido dalam boat..bukan boat kecik..house boat ;boleh tahan la..akhirnya 2 hari 1 malam dapat diatasi dengan jaya nya...YEAH! sugos best tidak diduga..haha..enjoy tengok beda2 fresh n nature di Tasik Kenyir ;

    House Boat  : sewa dalam 2k jgk  : 2 hari 1 malam 
    1.Hari pertama pergi Air terjun Soak
    2.Hari Kedua Pergi Suntuari Kelah sepetang
    muatan : 20 orang 
    sepatut nya dalam 20 orang tp aku perg ni dah terkebih muatan..dalam 30 orang jgk la ; bantai jer..hihi
    Toilet , Bilik tido siap dengan banyak tilam,dapur,TV astro pun ada..memg selesa


    Dari jeti Tasik kenyir ke Air Terjun Soak selama #2 jam : house boat so slow..haha..time ni la kte leh tgk permandangan indah sepanjang ke Air Terjun Saok








        Akhirnya sampai ke Air terjun Saok  selepas 2 jam..mandi air terjun la aku..mandi dalam boat macam xpuas jer..hihi...manda manda la kami disini..Bermalam pun kat sini..time mandi xbawak phone xde pic air terjun tuh ,huh cantik air terjun kat sni; so copy cat la dari                   
                                                         pak cik google kat bawah ni hah .. tadaaaa! 


                                                            Air Terjun Saok..sejuk tp best ; 

                            Aktiviti malam : BBQ ayam madu + halia  sambil memancing...memancing??
    geng2 lelaki la kot tggu joran dia...xsanggup aku nak menunggu..tido la lagi baik..hahaha..nasib aku xminat memancing ; memancing memerlukan kesabaran yang tinggi..bangun pagi jer dah sebaldi diorang pancing ikan..haha ; makan jer keje aku..goreng dan buat masak tempoyak..makan2 fresh2..paling aku xlupa makan lempeng nyiur  + minum air kopi panas2 malam tuh..cuaca sejuk makan lak panas2..perghh best siot..rupa nyer lapor kat atas boat ni..bekalan makanan perlu ada dengan banyak yer..masak jer dengan dapur yang disediakan..xpe chef2 mak mak orang bersiap sedia utk memasak non stop...haha..bahagia yer ; 


                            akan aku ingat lempeng nyiur mok joh + kari kow..haliou!

         Pagi yang sejuk ; best yer time ni
                                  #Hari ke 2 : Dari Air Terjun Saok Ke Suntuari Kelah (3 jam kalau xsilap)
                                                    
     3 dara pinggitan ; pagi yang sejuk xpayah nak mandi..hahaha


     @Selepas 3 jam sampailah kami di Suntuari Kelah Sungai Sepetang : iaitu ke kawasan ikan-ikan jinak yang     
      boleh kita bagi makan dan main-main dengan ikan ; best ; beli dulu 1 plastik = RM2 ; xcukup beli 1 kena beli 2





                                Sebelum ke tempat ikan-ikan jinak tuh ; kena dengar taklimat ringkas 
      @kena naik speed boat 5 minit
    @tracking 10-15 minit 
    @lepas tuh sampai la ; bagi ikan makan sambil mandi manda ;

    @kena naik speed boat 5 minit

       @tracking 10 minit : jalan kaki


           @yeah bagi ikan makang ; makang la ; ikan serbu wei..haha
     @mula-mula rasa takut jgk ikan dapat berkerumun bila tabur makanan ; lepas tuh rasa ok ..ikan datang dekat ; gigit2 tangan..haha best ; rasa geli jgk ; satu pengalaman yang best ; bagi ikan makan dekat dengan kita.sihat segar bugor jer ikan..best yer kalu leh bawak balik..gemok2 jer..hati2 penguatkuasa datang merhati..xleh nak masuk poket ikan ni, ikan gemok!hahhaha...



      Balik ke House Boat balik n Balik ke Jeti balik ;)


    Best yer 2 days journey Lake Kenyir ; TQ Asma Afifa..my omey Teletubies!