Pages

Sunday, January 9, 2011

::Trilogi Cinta TV1::

balik je keje terus xsabo nak ke malam..haha..kul 10 p.m (ahad-isnin) aku sudah semestinya akan terpacak di depan tv..haha..macam rutin lak..mak aku pun berjangkit sekali..hehe.aku baru je layan cte n dari minggu lepas..bila layan cte n macam tahu je jalan cerita drama n..rupanya cerita n di adaptasi dari novel Sharifah Abu Saleem iaitu gabungan 3 novel..Tak seindah mimpi + Tak semanis impian + Tiada lagi mimpi..ke 3-3 novel n pernah aku beli n baca..sama ngan novel jln cte dia..Entah mane perg novel2 aku sekarang n..kena solat hajat n supaya peminjam2 diluar sana nun reti hantar semula kat tempat asal..haha..sape nak bace sinopsis leh click link kat bawah..

Tak Seindah Mimpi

Tak Semanis Impian


Tiada Lagi Mimpi

3-3 novel n memg best aku layan..sekarang n dah jadi 1 drama ditv1.

Jom sama2 kte tgk drama hebat "Trilogi Cinta"

Sinopsis Trilogi Cinta

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga.

Tarikh: 2 Januari 2011
Hari: setiap Ahad dan Isnin

Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episode
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman


Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.


Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.


Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Tengok jgn xtengok!

4 comments:

  1. salam kenal :)

    best kot drama ni, dh la ade rosyam nor..yeah! tp x sempat nk tgk sbb gua bkn hantu tv. bru tau rupanya adaptasi novel yek? oo

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. best if follow cte n dari awal..ala bukan hantu tv leh bertukar jadi hantu novel..ahaks

    ReplyDelete