macam ni lar beda alah ni..ada kat bahagian mata dan pipi
Banyak blog cakap buat rawatan kulit kat Herbaline tp ganu ada ker ek?so aku search la,memang ada pun kat Kuala Ibai,Jalan Sultan Mahmud..betul2 tepi jalan jer dari Masjid Kuala Ibai..bila buat research kat website dia rasa macam tertarik pasal banyak guna bahan herba jer..macam nature jer,bolela aku try no..aku suka lar xde bahan2 kimia ni rasa macam selamat jer ..lagi pun dah xtahan tgk muka aku yg macam ape entah beda alah wujud kat pipi
Tempat yer boley tahan agak exlusive jgk la,segan nak masuk..perg kat parking pun ada org jemput siap berpayung bagai..makin segan aku nak masuk kat tempat ni..alahai ; oh tersegam indah ;
Masuk jer aku disambut oleh amoi-amoi yg cantik,suasana cantik,bau lavendar n nature jer..bunyi-bunyian dah mcam dalam hutan daa..suka suka ; dah macam kena pukau pun ada..mengucap panjang aku!hahahas
sampai jer,aku dijemput duduk dan diberi penerangan;so aku bercerita lar dekat amoi ni tujuan kedatangan patik ; tiba2 rasa cam tuan puteri dilayan sebegini rupa ; oh indah yer ; service memg tip top ; terbaik la tp semua pekerja-pekerja kat sni cina ; terus kat kepala aku : "nak cantik macam amoi ni lar"--pandai betul diorang berbisnes untuk tarik customer
Selepas penerangan yg begitu ringkas ; aku dibawa ke bilik rawatan utk buang only 3 bijik utk percubaan beda alah ni..mek cina tuh ckp 'natang putih'..ohh sudah diterengganukan serta merta..haha..kejap jer buang yer..pedih skit lar time nak buang bijik putih itu..lepas tuh disapu oleh Aloe vera gel + vitamin C + E Oil.
# Tempoh trying 3 bijik dah RM50
Kebetulan time tuh ada promosi harga utk facial only Rm38.biasa aku buat kat area kampung pun Rm50-Rm60.Tak sangka tempat exclusive macam ni ada gak yang harga sebegini rupa ; so terus book!
So kena buat apointment keesokan ari yer beserta dengan rawatan buang 'natang putih' itu..
First : apointment dah buat , time diberi penerangan aku dihidangkan tea serai,seteguk jer aku leh telan..haa..bau wangi tapi rasa xbest..kemudian diberi kain basah suam untuk lap2 tangan ..best
Second : amoi suh p basuh kaki..best gak,rendam air suam + garam ape entah..besst..dah macam tuan puteri daa tp basuh sendiri lar..gosok jgn xgosok
Third : Bauan Lavendar sebelum ke bilik rawatan..sugos rilex bila diurut2 n then rawatan muka ..buang sel-sel mati dengan beda alah bising lepas tuh masker 20 minit..urut bahagian tangan,kepala,muka,dada..relaxing ;
sakit lor time nak buang black head n white head ; tp lepas buang tuh rasa ringan jer muka..abis merah muka aku..time nak buang 'natang putih' tuhpun sakit gak ; aku ambik satu cost jer ; mahal lar jgk cas yer untuk treatment buang kuntil lebihan minyak ni ; xleh buang abis banyak cost yer nanti ;nanti poket tebal datang lagi pasal layanan memg tip top ;
tapi agak berbaloi untuk 1 facial biasa .Only Rm38!harga sebenar rm79.
Last : Bauan Serai wangi n diberi penerangan lagi + hidang tea lagi + penerangan produk herbaline if nak beli la..amoi ni xder la paksa-paksa aku beli produk dia tp kecudang jua beli toner siap pasal tab2 jer kat muka + aloe vera gel ; kemudian perg main-main ikan,oh geli !haha
abis sudah rawatan.insyallah akan datang lagi pasal dah mula tertarik dengan produk yang berasaskan herba n semulajadi ni..poket tebal baru datang yer ; ok bai amoi cantik!
OH Herbaline : Tip TOP to you!
Member duk cerita, sekarang dah ada pulak diva-diva melayu kat situ sebagai terapis. So Q gi la try urut jade stone satu badan..wanita jer...murah la kiranya RM88 untuk 1 jam 15 min...ikan gigit kaki, rendam kaki dlm air garam, teh herba n aroma sngt mengasyikkan Q..hehe...rasa mcm puteri raja lak diorang layan. Nak g lagi..syuke sgt.
ReplyDeleteBest kang..service great A
ReplyDeleteRawatan untuk buang ketuat adalah Rm560 untuk seluruh wajah.Dah habis Rm1376 tetapi ketuat masih belum hilang.Rasa sangat tak berbaloi.
ReplyDelete