Pages

Tuesday, May 10, 2011

:: Nora Elena ::

Para pelakon dalam Nora Elena
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Hero Aaron Aziz sebagai Seth Tan
Zul Ariffin Sebagai Eid
SLot Akasia jam 7 - 8 malam, tv3 (Isnin – Khamis)

Satu lagi Drama Adaptasi Novel..cam best..mula2 aku tgk drama n mcam tahu-tahu je jalan cerita dlm drama tuh..selidik punya seliduk Drama yang baru ditayangkan di TV3 kul 7-8 malam ini memg diadaptasi dari novel "Kasih yang Suci"...baru je ditayangkan 9 mei 2011..xsabo je nak layan cte ni..hehe..biasa nye jalan cerita yang diambil dari novel memg best..layannzz..

Antara dialog yang mempersoalkan Berita bertajuk "Mangsa Rogol Putus Tunang"

"It's not fair k.Ada org kisah ke lelaki ada dara ke tak?"..
"Sesetgh lelaki anggap beda tuh penting tapi sesetgh lagi tidak"..


Novel Alaf 21, novel yang bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang memang sudah lama berada di pasaran...hehe..jadi promoter lak aku ni..RM19.90 je..leh je nak beli pun..entah mane novel ni aku simpan..kui3

Sinopsis Nora Elena

Nora Elena ialah kisah seorang gadis yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena. Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)

Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.

Jom kita pakat tgk ye...xsabo awop nak nengok ye..hehe..


2 comments: