nanonanonano menang setarang dos malam tadi di AJL26..terbaik la persembahan Hafiz malam tadi,Juara AJL dapat 35K plus Juara Vokal lagi dalam 10K,so total 45K,boleh byr ptptn aku bagi licin ni..hahaha...kaya la Hafiz malam td,dah la pakai seluar track + tshirt je kot,xkeluar budget sgt cuma ada video lakonan sikit je plus lakonan bersama ayah hafiz sendiri,tup tup meletop di nobatkan sebagai juara AJL26.Memang mantap la vokal Hafiz malam tadi menyanyi dengan penuh semangat sehingga terketar-ketar,nasib xterkentut je..kua..kua..kua..cukup terhibur la aku layan AJL malam tadi,aku bagi 5 bintang..semua best-best dan memberi kelainan untuk setiap pesembahan..totally like!
simple je baju + seluar hafiz ; JUARA tuh!!
Awan Nano – Hafiz AF7
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
No comments:
Post a Comment