Pages

Friday, February 14, 2014

Sahabatku Arwah Nurul Sakinah dalam kenangan

Assalamualaikum..


                                               Kami Berlima (Dari Kiri SITI, IKA, AKU,ZILA dan arwah QIENAH)

13 Februari 2014 , aku kehilangan seorang sahabat iaitu Nurul Sakinah Mohd Noor telah pergi menyayut seruan illahi.Arwah adalah berkas guru di Sekolah swasta Al-amin di Dungun.Dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.00 pagi setelah 2 hari bertarung nyawa di ICU Hospital Ampang akibat penyakit Leukimia.Tak sangka last rawatan kimo ini menyebabkan kehilangan nyawa ,tak sempat nak buat transplan untuk bulan 3 nanti.Mungkin ada hikmat sebelum buat trasplant ke atas air belakang sumsum tulang adik kinah yang kte tak tahu apa yang bakal terjadi.


                                             Masih tersenyum - Rawatan KIMO di Hospital Ampang

Arwah sakinah atau lebih senang dipanggil dengan "Qienah" selama 28 tahun dalam kenangan bersama kami berlima.Qienah telah berkawin dan mempunyai seorang anak yang berumur setahun lebih.Sayu hati melihat telatah sikecil yang tidak tahu apa2 keatas permergian mama yer.Husband Qienah pula begitu tenang semasa pemergian arwah dan redha atas kehendak illahi kerana sentiasa bersama dalam menerima rawatan sehingga akhir hayatyer.Husband Qienah juga selalu update berita tentang Qienah di group watsapp dari masa ke semasa dan kami berlima selalu berhubung disitu.


Mek Zara Aleesya - anak arwah

Paling last aku jupe arwah semasa majlis perkahwinan beliau,nak jupa raya baru ni Qienah xberapa sihat dan qienah antara sahabat paling susah nak jupe pasal lepas kawin terus menetap di puchong.Balik Dungun pun sekejap jer dan lantaran kena menerima rawatan disana.



                                                                         Di hari Bahagia Arwah

Arwah seorang yang baik,come lote,ceria dan sentiasa senyum serta bertimbangrasa sepanjang kami bersahabat.Gelak suka duka bersama masing lagi tergiang-giang.Tak sangka beliau pergi dulu dengan seawal umur begini kerana antara kitorang berlima,Qienah paling sihat dan susah nak sakit ke ape ker.Kabaran Qienah mengalami penyakit Leukimia begitu terkejut oleh kami berempat.Beliau banyak menasihati kami dalam pemakanan yang sekarang ni adalah punca pelbagai penyakit.katanya 'makanlah makanan yang betul-betul masak'.

Rindu yer kat arwah tak tahulah nak cakap.Rindu kat arwah yang suka 'babling' kat aku time aku malas masak time duk umah sewa hari tuh ; aduhai ; Qienah dalam kenangan (1985-2014) tp aku kenal Qienah time belajar UITM DUNGUN dan UITM SHAH ALAM (2003 - 2014).Sempat melihat muka arwah untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.sayu nyer :(


                           Alhamdulilah arwah selamat dikebumikan selepas Zohor di Kubur Syeid Yahya Dungun


AL-FATIHAH ;

Coretah  Terakhir Arwah di blogspot beliau ; http://hepilife-einah.blogspot.com/